Monday, March 10, 2014

Gambar Galeri misteri kehilangan pesawat MH370


























Misteri kehilangan pesawat MH370 pada Sabtu lalu mendapat perhatian seluruh dunia sehingga menjadi tajuk utama kebanyakkan akhbar luar negara. Berikut ialah galeri gambar suasana sayu dan sidang media sepanjang hari ini.


Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada sidang media mengenai kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di Sepang.



Ahli keluarga penumpang penerbangan MH370 yang diasak media China ketika hadir di lapangan terbang di Beijing.



Ahli keluarga penumpang penerbangan MH370 (kiri) ditemani kaunselor MAS ketika hadir di KLIA.



Ahli keluarga penumpang penerbangan MH370 berada dalam keadaan resah sementara menunggu perkhabaran terkini mengenai status pesawat berkenaan di KLIA.



Pihak keselamatan MAS mengawal ketat laluan keluarga penumpang MH370 yang turut dipenuhi kumpulan media tempatan dan antarabangsa.



Inilah jumlah pengamal media dari dalam dan luar negara yang hadir pada setiap kali sidang media mengenai perkembangan terbaru misteri kehilangan pesawat milik MAS menerusi penerbangan MH370.

No comments:

Post a Comment

2015 Hakcipta Terpelihara. Powered by Blogger.
  • Somethingtobeshared
  • +