MH370 - Sibuk buat liputan, wartawan Hong Kong rugi RM15,000
Dalam kesibukan petugas media tempatan dan antarabangsa membuat liputan berita kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, seorang wartawan TV luar negara mendakwa kehilangan RM15,000 apabila beg miliknya dicuri di sebuah hotel di sini hari ini.
Selain wang tunai, Chan Wai Li, lelaki berusia 36 tahun dari Now TV, sebuah stesen TV swasta Hong Kong itu turut kehilangan dokumen perjalanan, dompet, kad kredit dan pita rakaman kamera video.
Chan yang merupakan Penolong Pengarang Berita, Now TV mendapati begnya hilang pukul 4 petang, selepas pulang dari pusat beli belah Alamanda yang terletak berhampiran dengan hotel itu setelah membeli kad prabayar bersama dua lagi rakannya.
Beliau membuat liputan berita kehilangan penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu.
Beg galas itu dipercayai dilarikan seorang lelaki yang disyaki sudah berada di sini sejak semalam. - Bernama/Kosmo

No comments:
Post a Comment