Salam.., korang pernah dengar atau tahu dak isu pasal Air Mineral Spritzer Haram diminum kerana sumber air Spritzer dari kubur cina..??
Kok yang pernah dengar tu maksudnya pernah baca di blog ataupun facebook yer dak..??? contoh ayat yang tersebar adalah dibawah ini
Fuh….dia punya ayat kemain lagi islamik menyusuk kalbu yer dak..?? Yang baca tu pun kemain ramai la share konon prihatin sayangkan agama dan tak selfish katanya..hehe
Dan ada beberapa blogger pun samdul share la di blog masing-masing menandakan sayangkan umat islam tapi tanpa siasat dapat dari sumber yang sahih hehe
Antara ayat blogger yang ada ialah :
Takk boleh percaya Cina ni … Kalau berniaga, mesti menipu. Depan nampak bersih, kemas dan professional tapi belakang lain cerita. Cina pun bukan mempunyai tabiat dan cara hidup yang bersih. Buat apa nak beli barangan buatan Cina Teruskan boikot. Jangan seposen pun duit hala kta sampai ke tangan cina.
Kejadah apakah ini point dia jangan beli produk orang Cina hahaahha. sebenarnya isu ini dah dekat 10 tahun bukan baru tahun lepas ataupun tahun ini..tapi bila dah ada facebook kecoh la kembali yer dak..?
Ada lagi tu gua baca siap tulis,
Kami orang taiping dah lama tahu air spritzer ni kotor sebab dekat dengan kubur…kami orang taiping tak minum air spritzer
Korang setuju ke dengan Fakta yang diberikan diatas..??? ok gua siasat menggunakan Google Earth kita tengok
Nampak gambar diatas tu..katanya jarak antara kubur dengan kubur cina adalah 500meter.., ok gua setuju la mengikut daripada ukuran lurus ini..
Tapi kalau orang kampung situ setuju air dari kubur boleh meresap ke tanah lalu menjadi air dan korang geli untuk minum air Spritzer tu, kenapa korang tak geli dengan sumber air ke rumah korang..?? sebab kalau korang nampak dari gambar google earth tu, kolam takungan air tu pun lagi dekat dengan kubur cina..hehe, kolam itu adalah milik Lembaga Air Perak (LAP)
Jangan jadi bebal bila tengok gambar gini korang kata dekat dan boleh resap gitu…, bentuk muka bumi tu pun berbeza kawan-kawan.., kolam tu lagi tinggi dari tanah kubur tu dan sumber air dari kilang Spritzer tu pun lagi tinggi dari tanah kubur tu..ahahahaha
Gua tunjukkan lagi mana datang punca Kilang Air Spritzer…, tengok gambar bawah ni
Punca Air Spritzer datangnya dari 9 buah punca air , di mana letaknya ialah di atas bukit hutan simpan dimana ianya milik sepenuhnya Spirtzer sendiri.., antara lokasi punca air yang Spritzer korek dan dapat air mineral ialah yang gua bulatkan digambar atas.
So mana datangnya cerita Sumber Air Spritzer datang dari kolam besar tu..?? tu kolam besar milik Lembaga Air Perak (LAP) bang oi…, siap berpagar lagi..takda kerja si Kilang Spritzer ni nak amik air dari kolam tu hahahahaha
Gambar diatas adalah contoh rumah pam untuk sumber air bawah tanah milik Kilang Spritzer..Korang tau dak tanah milik Spritzer ini seluar 330 ekar oi..!! kalau korang bebal nak bayangkan besar mana, ianya sama dengan 330 kali padang bola sepak haaa…hihi jangan marah ek gurau je sayang (”,)
Kedalaman untuk Spritzer dapatkan punca air mineral pula ialah lebih dari 400 kaki dari bawah tanah..fuh..fuh..!! logik akal pun boleh pikir macam mana sumber air dari kedalaman 400 kaki macam mana bersih yer dak..? dan dorang bukan main korek je tapi ada pakar yang akan cari tempat untuk dikorek untuk mendapat punca air.., kalau main korek je dapat lumpur jer bro..hehe.. konsep dia sama macam gali carik minyak di laut..paham dak..??
Bukan tu sahaja si Kilang Spritzer ini dah 12 tahun berturut dapat anugerah Trusted Brand Platinum Award…, banyak lagi anugerah dia.., kalau gua nak taip semua anugerah dia letih menaip wei..hahaha
Kenapa Spritzer dapat banyak anugerah…??? sebab panel juri dari dalam dan luar negara dah tengok sendiri macam mana proses air dari bawah tanah yang kilang ini buat dah mereka yakin…!!! Yang ramai menggelabah buat fitnah tu semuanya duduk depan komputer dan kilang pun tak pernah jejak main sebar je hahahaahah
Jadi hentikan je lah fitnah yang mengatakan sumber air mineral Spritzer datangnya dari kubur.., kalau korang main share je nanti orang baca buat bahan gelak je hihi….
Amik perumpaan dari rakan blogger Shakiddo
“Ada pokok mangga dan rambutan di tanam tepi kubur. Boleh tak kita makan buah mangga dan rambutan yang sedap tu? Cer citer..”
Mana gua tahu detail ini semua sebab gua sendiri dah melawat tapak Kilang Spritzer di Air Kuning Perak…, bukan gua seorang.., tetapi lebih dari 20 orang blogger menjadi saksi..
So orang TAIPING yang konon tahu mana datang sumber air mineral spritzer…, tak tau jangan buat-buat tau.., ang pi dulu lawat kilang Spritzer tu sendiri sebelum menabur fitnah..hahaha
Untuk tambahan fakta :
- Air cactus yang juga keluaran dari kilang spritzer juga selamat diminum.., ada cerita air cactus campur dengan air holly water bagai tu semua fitnah je..
- Air mineral jenama MESRA yang dijual di Petronas juga datangnya dari Kilang yang sama iaitu Kilang Spritzer Air Kuning..bukan air mineral MESRA sahaja..banyak lagi jenama lain yang menggunakan punca air di kilang ini
- Kualiti air yang dibotolkan di kilang spritzer setiap jenama berlainan kualiti kerana seperti diterangkan diatas, mereka ada 9 punca air bawah tanah..dan air mineral yang terbaik iaitu ada kandungan silikon / asid ortosilisik(OSA) hanya terdapat di Air Mineral Spritzer
Siapa yang rasa fakta air spritzer datang dari kubur cina meh berhujah dengan gua…. gua cabar ni..
No comments:
Post a Comment