Jika dilihat sekali imbas, pastinya anda menganggap ada 3 ekor binatang dalam gambar ini. Tetapi sebenarnya 2 sahaja, iaitu anak tenggiling dan ibu tenggiling.
Tenggiling spesis ini mempunyai keistimewaannya sendiri. Tenggiling ini memiliki kaki yang menyerupai seekor panda.
Nama antarabangsanya ialah Giant Anteater atau Ant Bear. Nama 
saintifiknya pula Myrmecophaga Tridactyla. Nama melayunya pula, 
Tenggiling Gergasi.
Tenggiling Gergasi mamalia ini berasal dari Amerika Tengah/Selatan. 
Habitat mereka boleh berada di mana-mana termasuk padang rumput dan 
hutan hujan.
Makanan utama haiwan ini ialah semut dan anai-anai. Dengan menggunakan 
kuku yang panjang, haiwan ini mengali sarang semut dan menggunakan lidah
 untuk mendapatkan semut-semut yang menjadi mangsanya.
Jangka hayat bagi tenggiling ini adalah 16 tahun sahaja, itupun bagi 
tenggiling yang berada dalam kurungan. Lagi beberapa gambar tenggiling 
gergasi di bawah:







 

No comments:
Post a Comment