Thursday, February 26, 2015

Mari bercuti di Tubotel Langkawi : Hotel Kolong Konkrit (13 Gambar)

Serius Cool - Tubotel Langkawi : Hotel Kolong Konkrit (13 Gambar)

Nice!

Sebelum kena haxxored dahulu kami ada paparkan Tubotel di Mexico. Ianya hotel dimana biliknya diperbuat dari kolong saluran air konkrit. Kami rasa kami tidak akan ke Mexico untuk testing sendiri hotel ini kerana ianya terlalu jauh. Kalau rasa nak cuba jugak merasa tidur dalam bilik kolong konkrit anda boleh ke Tubotel Langkawi yang terletak di Pantai Chenang. Konsepnya sama dan harga penginapan semalam bermula dari USD 33 (RM100) tidak termasuk sarapan pagi. Nampak cam best. Harus cuba tidur semalam di sini jika kami ke Langkawi sekali lagi!



Laporan asal Facebook Tubotel


Nikmati Penginapan Kolong Unik Di Langkawi Menerusi Tubotel

Menjelang hujung tahun, pastinya ramai akan mengambil kesempatan sempena cuti sekolah ini untuk menghabiskan masa bersama keluarga menerusi aktiviti riadah atau pun percutian.
Jika anda tergolong dari mereka yang inginkan sesuatu yang baru dan unik, maka hotel unik Tubotel di adalah jawapannya.
Bertempat di Pulau Langkawi, Kedah, Tubotel merupakan pusat penginapan pertama di Malaysia yang menjadikan kolong simen sebagai tempat tidur untuk memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung yang hadir.
Baru-baru ini penulis yang mewakili portal Murai dan Astro Gempak telah diberi peluang untuk merasai sendiri perbezaan suasana Tubotel berbanding dengan hotel-hotel yang lain dan ternyata ianya merupakan sesuatu pengalaman yang baru serta unik.
Kolong bersaiz kira-kira lima meter persegi itu dilengkapi dengan katil bersaiz Queen, lampu tidur, penghawa dingin, kipas, soket plug dan juga rak meletak barang.
Tubotel menawarkan dua jenis pemandangan yang berbeza iaitu menghadap laut dan juga kawasan taman.
Jika anda memilih tiub yang menghadap laut, dengan hanya berbaring di atas katil sahaja sudah cukup untuk menyaksikan detik terbit atau terbenamnya matahari.
Selain itu, lokasi strategiknya yang terletak di penghujung jajaran Pantai Chenang menambahkan lagi keindahan panorama dan suasana di tubotel berbanding hotel-hotel yang lain.
Malah kemudahan ‘WiFi’, Jakuzi, basikal, motor, kereta untuk disewa dan restoran turut disediakan pihak Tubotel.
Penulis amat tertarik dengan hasil kreativiti dekorasi pemilik Tubotel iaitu Alexander atau lebih mesra dengan panggilan Alex itu menyediakan kemudahan ‘daybed’ di ruang istirehat untuk tetamu menikmati keindahan alam sambil bersantai minum petang.
Untuk menambahkan lagi keunikan hotel tersebut, Alex juga turut menempah khas kerusi berwarna merah yang menjadi ‘treadmark’ di Tubotel.
Menurut Alex yang juga merupakan warga Australia itu, pihak mereka turut menyediakan aktiviti menarik secara percuma yang dinamakan ‘Eco Pirate’ di mana pengunjung akan dibawa ke pulau berhampiran bukan hanya untuk bermandi-manda tetapi mereka juga perlu membersihkan pulau tersebut terlebih dahulu. Menarik bukan?
Penulis sendiri telah mencuba aktiviti tersebut dan merasakan ia patut dicuba oleh pelancong berbanding pakej yang hanya menawarkan tentatif normal seperti memberi makan kepada sekumpulan ikan ataupun burung helang.
Jadi kepada anda yang ingin merasai sendiri pengalaman bercuti yang berbeza, jangan lupa masukkan Tubotel dalam salah satu senarai pelancongan anda. Selamat Bercuti!
Berikut merupakan info tentang Tubotel:
Hotel: Tubotel
Lokasi: Jeti Pelancongan Chenang, Kuala Cenang, Pulau Langkawi.
Harga: RM188 – RM218 (berbeza mengikut bilik)
Hubungi: 012-3294094
Email: info@tubotel.com.my
Website: www.Tubotel.com

No comments:

Post a Comment

2015 Hakcipta Terpelihara. Powered by Blogger.
  • Somethingtobeshared
  • +