Saturday, March 15, 2014

19 GAMBAR : RUMAH CANTIK IDAMAN MENARIK DIBINA DI DALAM HUTAN


19 GAMBAR : RUMAH CANTIK IDAMAN MENARIK DIBINA DI DALAM HUTAN

Pastinya kita pernah terfikir mahu memiliki sebuah rumah yang cantik yang mana rumah itu terletak jauh dari hiruk pikuk kota besar.

Bangun pagi saja bilik tidur disinari sedikit cahaya matahari. Ditambah pula dengan bunyi kicauan burung yang bangun lebih awal dari penghuni rumah untuk mencari makanannya sendiri. Oh, tidakkah itu suatu keasyikan yang amat mengoda jiwa?

Rumah impian seperti ini kita hanya mahukan ketenangan, udara yang nyaman dan segar dan mendekatkan diri dengan alam secara tidak langsung boleh menghilangkan stress yang dihadapi apabila berada di kota yang sibuk dengan segala urusan penting duniawi.

Apabila hujan pula, kita dapat mendengar bunyi rintisan-rintisan hujan yang membasahi tanah di sekitar rumah. Ditambah pula dengan suasana dingin yang asli jika diambil peluang sebegini untuk bersantai dan membaca buku, pasti keasyikan suasana seperti itu membuatkan kita terasa ingin lebih lama berada di rumah.

Jom layan gambar-gambar rumah cantik di dalam hutan di bawah:





































No comments:

Post a Comment

2015 Hakcipta Terpelihara. Powered by Blogger.
  • Somethingtobeshared
  • +