Thursday, March 13, 2014

Pesan Google bila Cari pesawat MH370 guna Google Map


Syukur, ramai yang prihatin dan ingin menyumbang dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang.

Rakyat yang prihatin ini menghubungi The Star. Mereka menemui pesawat dengan menunjukkan lokasi di pulau Vietnam, Cau Ma Thiên Lãnh, yang terletak di selatan barat Bandar Raya Ho Chi Minh dengan menggunakan Google Map.

Ada yang menghantar e-mel koordinat lokasi kapal terbang yang hilang berhampiran Empangan Kenyir di Terengganu.

Ini jawapan Google tentang perkara tersebut.

"Ya, imej boleh jadi berada di sana, tetapi ia bukan imej satelit pada masa sebenar kerana imej tersebut mungkin telah diberikan kepada kami beberapa minggu atau bulan lepas," kata jurucakap Google Malaysia.

Imej Google Maps atau Google Earth biasanya disumbangkan oleh sumber-sumber pihak ketiga yang memberikan imej beberapa minggu atau beberapa bulan lebih awal.

"Imej-imej yang ditangkap kadang-kadang akan mengandungi gambar kapal terbang, biasanya pada laluan penerbangan dan tidak boleh dianggap sebagai lokasi kemungkinan berlakunya kemalangan," kata wakil itu lagi dipetik mStar Online.

No comments:

Post a Comment

2015 Hakcipta Terpelihara. Powered by Blogger.
  • Somethingtobeshared
  • +