Meneroka budaya kehidupan bangsa-bangsa lain adalah satu perkara yang menyeronokan. Iyalah, sesuatu yang baru bagi kita tetapi adalah perkara biasa bagi mereka.
Apa yang paling seronok diterokai ialah budaya pemakanan sesetengah
bangsa yang dilihat pelik tetapi itulah makanan harian mereka.
Kita pernah dengar, ada orang makan lipas, kelawar dan pelbagai lagi
makanan esotik. Eww.. geli kan? Berikut adalah 8 makanan esotik yang
bakal membuatkan anda tidak berselera untuk makan malam hari ini:
1. Balut - Ini adalah embrio itik yang hampir sempurna 80% telah direbus
hidup-hidup. Cara makannya? Pecahkan dan makan. Makanan ini biasanya
dihidangkan dengan bir.
2. Ular Tedung - Di sebuah perkampungan di Hanoi, Vietnam, mereka
merobek keluar jantung ular cobra ini dan hidangkan jantungnya di dalam
mangkuk. Gambar di atas adalah wain ular tedung.
3. Mee Sup Lipas - Biasanya bila lipas atau mana-mana serangga yang
jatuh dalam mee, pastinya kita buat aduan kepada peniaga restoran.
Tetapi tidak, disebuah restoran cina yang menghidangkan mee sup
berperisa lipas!
4. Biji Kerandut Ayam - Kalau ayam jantan tengok ni, mesti dia kecut 'telur'.
5. Haggis - Hidangan makanan tradisional Scotland yang dibuat dari perut
kambing. Di dalamnya diisi dengan perut kambing, paru-paru, jantung,
bawang. Nampak 'sedap' kan?
6. Tikus Goreng - Makanan terakhir bagi mereka yang terdesak nak makan.
7. Arak Berperisa Biawak - Hanya ada di Asia sahaja. Arak berperisa
biawak ini dipercayai boleh memberikan tenaga yang luar biasa dari
biawak dipindahkan ke dalam badan si peminumnya.
8. Kaki Ayam Goreng - Ini taklah teruk sangat. Ramai yang dah biasa
makan kaki ayam terutamanya dalam nugget² frozen food yang dijual di
pasaran. Opss!
No comments:
Post a Comment