Setiap syarikat yang terkenal di dunia kebanyakannya mempunyai logo syarikat yang menarik, ringkas dan mampu menarik perhatian pelanggan.
Logo-logo yang dihasilkan bukan sahaja digunakan untuk mewakili sesebuah
syarikat malah dicipta dengan mempunyai makna yang tersembunyi yang
tidak mampu dikesan sekiranya dipandang buat kali pertama.
Kalau nak tahu apa makna tersebut, jom kita skrol ke bawah:
1. Amazon
Anda mungkin tertanya-tanya sebab apa terdapat anak panah dalam logo Amazon yang menghala dari abjad 'A' ke 'Z'.
Sebab sebenar bagi kehadiran anak panah tersebut adalah untuk
menunjukkan bahawa semua benda yang dijual dari 'A' ke 'Z' ada di
Amazon.
Selain itu, anak panah tersebut juga boleh mewakili satu senyuman.
2. Apple
Logo Apple yang menunjukkan sebiji epal yang telah digigit sebenarnya di
ambil dari sebiji buah dari "Tree of Knowledge" mengenai kisah Adam dan
Hawa dalam kitab Injil.
3. IBM
Garisan putih yang melintasi logo IBM ini menyerlahkan bentuk tanda 'sama', yang membawa mesej "kesaksamaan".
4. Mobil
Logo yang mudah lagi bermakna dari Mobil ini dicipta dari warna merah dan biru.
Warna merah di dalamnya menunjukkan 'kekuatan' manakala warna biru menunjukkan kesetiaan dan keselamatan dalam syarikat.
5. FeDex
Logo FedEx walaupun nampak ringkas namun mempunyai makna yang tersembunyi di dalamnya.
Jika anda perhatikan dengan teliti huruf 'Ex' di dalam logo tersebut,
anda akan mendapati terdapat satu anak panah putih di tengah-tengah
abjad 'E' dan 'X' yang menghala ke kanan.
Anak panah ini membawa maksud pentingnya dalam menuju masa hadapan.
6. Audi
Empat bulatan dalam logo tersebut membawa kepada maksud 4 syarikat
berlainan iaitu DKW, Horch, Wanderer dan Audi yang merupakan sebahagian
Konsortium Kesatuan Auto pada 1932.
7. BMW
Logo bulat pada logo BMW yang kelihatan seperti kipas kapal terbang yang sedang bergerak manakala warna putih mewakili udara.
Ini kerana BMW merupakan pengeluar enjin untuk kapal terbang tempur Jerman semasa perang dunia Ke-2.
8. Mercedes-Benz
Logo yang mempunyai bintang 3 bucu ini, yang terdapat tempat kosong di antara bucu ini mewakili air, darat dan udara.
Ini bermakna Mercedes dominan ke atas ketiga-tiga elemen ini.
9. Toyota
Logo syarikat automotif terkenal di Jepun ini mempunyai tiga bulatan elips.
Setiap satu bulatan elips ini mewakili hati pelanggan, jantung produk
dan jantung kemajuan teknologi serta peluang tanpa had di masa hadapan.
10. Volkswagen
Pengeluar automotif Jerman, Volkswagen mempunyai dua abjad di dalam logo
nya iaitu 'V' dan 'W' yang membawa maksud 'Volks' untuk rakyat dan
'Wagen' untuk kereta.
No comments:
Post a Comment