Wednesday, January 14, 2015

Antara Permandangan Cantik Menarik Tebing Salji Setinggi 15 Meter Di Sekeliling Jalan


Permandangan Menarik Tebing Salji Setinggi 15 Meter Di Sekeliling Jalan

Sungguh cantik dan menakjubkan melihat permandangan tebing salji di Jepun ini seolah-olah berada di dalam Grand Canyon versi salji pula dimana dikelilingi tebing tinggi yang cantik.

Walaupun ia dianggap malapetaka di sesetengah tempat di Jepun kerana salji tebal menyebabkan perhubungn dan ekonomi lumpuh.

Tapi tidak bagi penduduk berhampiran puncak Gunung Tateyama yang setinggi 3015 meter ini di mana sebatang Jalan yang diberi nama Jalan Pergunungan Tateyama Kurobe yang menghubungkan Wilayah Toyama dan Bandar Omachi di Wilayah Nagano telah menarik ramai pelancong membanjiri kawasan ini kerana keunikannya.


Pergunungan Tateyama yang dikelilingi pelbagai gunung-ganang lain ini diseliputi salji setebal 15 meter akan dibersihkan bahagian kawasan jalannya dengan teliti supaya tidak merosakkan struktur salji oleh jentera penghancur salji yang membolehkan kawasan  ini ditukar kepada kawasan perlancongan yang menarik.


Dengan ketebalan 15 meter salji adalah satu bencana sebenarnya tetapi mereka telah menukarkan bencana ini kepada satu daya tarikan yang hebat dan ternyata mereka berjaya menarik kehadiran pelancong yang ramai termasuk dari merata dunia.


Walaupun jalan pergunungan ini telah dibina sejak tahun 1971 lagi tetapi pada tahun 90-an baru kawasan ini telah mendapat perhatian ramai.

Jika anda hendak melawati kawasan ini boleh berbuat demikian di musim salji iaitu penghujung tahun sehingga hujung bulan Mac setiap tahun kerana apabila berakhir musim salji jalan Tateyama Kurobe Alpine ini akan dibuka sepenuhnya untuk kenderaan awam iaitu Apr 16th - Nov 30th.




Untuk datang ke laluan ini yang jaraknya 37 km dengan jalan menegak sehingga ketinggian 1,975m. Anda perlu menggunakan 7 pengangkutan awam yang berbeza iaitu funikular (seperti kereta api bukit bendera), bas, trolley bas, kereta kabel, dan berjalan kaki. Perjalanan akan mengambil masa-kira 5 jam, dan kos ¥ 8060 (RM248).


Tateyama Kurobe Alpine di luar musim salji

Mari kita saksikan lagi gambar-gambar menarik.-Siakapkeli.com.my








No comments:

Post a Comment

2015 Hakcipta Terpelihara. Powered by Blogger.
  • Somethingtobeshared
  • +