Monday, January 12, 2015

Hotel Mewah Terbaik Di Dunia Terdapat Dalam Penjara Ini


Antara Hotel Mewah Terbaik Di Dunia Terdapat Dalam Penjara Ini?

Restoran The Clink merupakan antara salah satu restoran mewah terbaik di dunia dimana makanan yang disediakan adalah memang menepati citarasa pelanggannya walaupun hotel ini terletak didalam sebuah penjara.

Dah nama pun restoran mewah jadi mestilah harganya pun agak mewah bagi golongan pertengahan atau pun dalam kategori bergaji rendah.

Harga  makanan yang ditawarkan adalah sekitar  £25(RM135) hingga  £150 (RM807) di semua cawangan berdasarkan menu yang dipilih.




Tapi percayakah anda jika diberitahu bahawa pekerja-pekerja di restoran-restoran ini terdiri daripada banduan-banduan dari tukang masak,pelayan bar dan sehingga ke pelayan tetamu dimana mereka ini masih menjalani hukuman kerana pernah membunuh, merompak dan juga perogol. Mereka dibayar gaji sebanyak £15(RM81) sehari dengan 5 hari bekerja seminggu.


Takutkan, tapi itu la hakikatnya kehebatan restoran-restoran The Clink ini kerana walaupun dimasak oleh banduan tetapi keenakkan dan kualiti makanannya setanding dengan restoran 5 bintang yang lain.

Mereka semua ini merupakan banduan yang telah dilatih dahulu dalam bidang masakan dan pengurusan restoran. Ini sesuai dengan prinsip The Clink mengurangkan kadar jenayah dalam kalangan banduan dan mahu mendorong mereka membuat perkara lebih baik.

Restoran The Clink ini mempunyai tiga cawangan iaitu di Penjara Brixton, London, Penjara High Down Lane, Surrey, England dan Penjara Cardiff, Wales.

 Penjara Brixton

 Penjara Candiff

Penjara High Down Lane

Walaupun dari pandangan luar nampak seperti buruk tapi hiasan dalaman Restoran The Clink ini amat menarik membuatkan anda seperti berada didalam bilik makan sebuah hotel bertaraf 5 bintang.





Kos untuk memulakan perniagaan restoran ini adalah £362,485(RM 1.95 juta) untuk harga modal ketiga-tiga restoran ini.

Walaupun lokasinya terletak di dalam penjara dan dikelilingi oleh penjenayah-penjenayah sebenarnya restoran ini amat mendapat sambutan dari penduduk sekitarnya dimana ruang makan yang boleh memuatkan 100 pelanggan dalam satu masa ini perlu ditempah 72 jam lebih awal untuk menikmati makanan disini.

Bagi setiap pelanggan yang datang untuk menjamu selera di restoran ini mereka harus melalui pemeriksaan ketat terlebih dahulu oleh pihak penjara dengan wajib memberi cop jari dan gambar.

Selain itu, hanya mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja akan dibenarkan masuk dan pelanggan tidak dibenarkan sama sekali membawa telefon bimbit dan dompet duit melainkan hanya duit kertas nilai lebih dari £50 untuk pembayaran.

Bukan itu sahaja, usia pengunjung juga terhad, hanya yang berusia 18 tahun ke atas sahaja boleh memasuki restoran ini dan tidak dibenarkan sama sekali menggunakan telefon bimbit di dalamnya.

Tahukah anda masakan yang dimasak oleh banduan-banduan ini sebenarnya telah diiktiraf oleh Chef Alberto Crisci iaitu seorang chef terkenal yang kini bekerja di Mirabelle Restoran Marco Pierre White di Mayfair, London.

Jadi anda kalau datang melawat ke England atau Wales ini bolehlah datang ke sini dan mencuba masakan-masakan mewah yang disediakan oleh tukang masak-tukang masak hebat dari penjara-penjara ini. Bukan calang-calangkan walaupun hanya didalam penjara rupanya ia diiktiraf di peringkat tertinggi di sana.-Siakapkeli.com.my

No comments:

Post a Comment

2015 Hakcipta Terpelihara. Powered by Blogger.
  • Somethingtobeshared
  • +