Wednesday, February 4, 2015

Hotel Termurah Yang Sangat Sesuai Untuk Pelancong Backpackers di China (Gambar)


Hotel Termurah Yang Sangat Sesuai Untuk Pelancong Backpackers di China (Gambar)

Ramai yang ingin melancong, tapi pening kepala kerana pastinya akan membelanjakan sejumlah wang yang banyak. Kebiasaanya kita akan banyak menghabiskan wang untuk pengangkutan dan penginapan.

Jadi kali ini, Something2beshare akan mendedahkan rahsia menarik kepada anda yang bakal melancong di negara China, dan tips ini sudah pasti akan menjimatkan banyak wang anda. 

The  Scape Capsule Hotel yang terletak di Taiyuan antara hotel yang sangat unik kerana meneyediakan bilik hotel yang sangat murah dan sesuai untuk golongan muda yang melancong secara backpackers. Hotel ini hanya mengenakan bayaran £ 7 ($ 10,59) untuk satu malam. Murah kan?

Namun, jangan terkejut, walaupun kecil dalam setiap kabin mempunyai peralatan seperti Televisyen,  cermin, penggera asap, penggantung baju, meja computer kecil, plug soket, dan kipas. Malah, setiap penghuni dapat mengakses wifi yang pihak hotel sediakan. Hah cool kan? 




 

Menurut pengurus hotel iaitu Xu Meijang, konsep hotel ini telah diilhamkan untuk membuka perniagaan yang luar biasa kerana jumlah pelancong amnya golongan muda yang memerlukan penginapan yang berpatutan untuk bermalam di kawasan itu.


1 comment:

2015 Hakcipta Terpelihara. Powered by Blogger.
  • Somethingtobeshared
  • +