Terbaharu, khidmat enam bomoh dan beberapa ahli spiritual digunakan semasa perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan bawah 19 tahun Indonesia menentang Persewangi Banyuwangi di Stadion Diponegoro, Banyuwangi, Jawa Timur pada Isnin.
Setiausaha jawatankuasa penganjur perlawanan berkenaan, Fandi Ahmad seperti dipetik akhbar Kompas, berkata kesemua bomoh serta ahli spiritual tersebut yang berasal dari wilayah Banyuwangi, ditempatkan di sekeliling stadium tersebut.
"Selain menghalang (menahan) hujan, ahli spiritual dilibatkan supaya pertandingan berjalan lancar. Keterlibatan ahli spiritual sudah merupakan kebiasaan dalam setiap acara di Banyuwangi.
"Enam pawang hujan serta ahli spiritual ini diharapkan membantu mendoakan agar acara berjalan lancar dan sukses serta cuaca juga cerah," kata Fandi. - Bernama
No comments:
Post a Comment