Monday, March 3, 2014

Jururawat Tanggung Hutang RM1 Juta Kerana Percaya Wasiat Palsu Internet

Kes jururawat itu satu daripada 91 kes penipuan Internet dikesan polis Perak.

Teruja bakal memperoleh wang wasiat berjumlah RM10 juta mengakibatkan seorang jururawat kini menanggung hutang hampir RM1 juta selepas diperdaya dengan kisah ‘barah payudara’ dihantar sindiket penipuan Internet.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azrina, 38, ketika ditemui wartawan berkata, dia kelabu mata apabila ‘digula-gulakan’ dengan wasiat itu dan sanggup meminjam wang daripada bank dan ceti haram (along) hanya kerana yakin bakal ‘dihujani duit’ seperti dijanjikan.

Azrina yang bertugas di sebuah klinik di sini, mendakwa mula berkenalan dengan wanita bernama Siti Zaleha di laman sosial Facebook sekitar penghujung 2012.
Menurutnya, wanita itu mendakwa seorang ahli perniagaan di United Kingdom mulanya hanya mahu berkenalan sambil saling bertukar gambar dan kisah hidup dilalui.
“Mulanya saya langsung tidak berasa syak berikutan persahabatan kami berlangsung dalam tempoh masa agak lama.
Pada masa sama wanita itu mendakwa menderita penyakit barah payudara dan berkemungkinan menemui ajal dalam masa terdekat.
“Saya percaya sepenuhnya dengan kisah itu apatah lagi tugas harian saya berhadapan dengan pelbagai pesakit di hospital. – Harian Metro



Di bawah ini adalah contoh kisah seorang wanita yang kononnya menghidap barah payu dara dan perlu mewasiatkan hartanya kepada mereka yang sudi menjadi pewarisnya

Salam hormat.

Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia.

Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini.Saya menyesal kerana tidak membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah saya. Saya harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta pertolongan sebelum ini.

Saya tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata kerana saya terlalu menumpukan perhatian saya kepada kerjaya saya.Oleh itu,saya mempunyai sebidang hartanah yang saya hendak menderma kepada Persatuan Barah Malaysia untuk kebajikan dan menolong orang-orang yang menghidap penyakit seperti saya dan menguruskan program dan perubatan untuk pesakit barah.



Masa untuk saya hidup sangat singkat dan saya tidak mempunyai masa untuk mambuat kajian tentang penyakit saya dan saya memerlukan seseorng yang boleh menguruskan hasrat saya yang terakhir sebelum saya menghembuskan nafas yang terakhir.Saya meletakkan harapan dan kepercayaan kepada anda untuk menguruskan kewangan saya untuk didermakan kepada persatuan yang lain yang memerlukan bantuan juga. Ini juga adalah permintaan arwah suami saya sebelum dia meninggal dunia dan saya tidak ada hasrat untuk meninggalkan harta-harta saya kepada kerajaan kerana duit tersebut akan dipergunakan oleh orang orang politik dan ini tidak menghasilkan apa-apa kebaikan dan saya tidak diberikan pahala di dunia akhirat.

Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak Dua juta sterling pound digunakan dengan tujuan baik daripada saya.

Bila anda menerima email ini,sila hubungi dan memberi informasi anda
kepada peguam saya untuk arahan selanjutnya.

Saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana saya hanya mempunyai masa yang singkat dan tidak dapat mengenali anda terlebih dahulu.

Yang Benar
Puan Siti Sarah Ahmad.
From: Malaysia.
Email: sitiahmad87@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

2015 Hakcipta Terpelihara. Powered by Blogger.
  • Somethingtobeshared
  • +